SARANA ONLINE TERKINI


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak,

Tuan,
PENGURUSAN INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2015
Dengan hormatnya, surat J.Pel.Pk.(AM)5114/26 Jld.2(01) bertarikh 30 Januari 2015 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan penyelarasan untuk melancarkan lagi pengurusan inisiatif ini bagi tahun 2015. Berikut dinyatakan beberapa perkara yang perlu untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
2.1.     Perubahan KPI
KPI untuk inisiatif PIBK talah diselaraskan semula dengan menggugurkan 3 KPI sedia ada kepada 2 KPI sahaja iaitu:-

KPI 1  :  Peratus kehadiran ibu bapa sebanyak 65% dalam 6 aktiviti utama
KPI 2  :  Peratus ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti
   PIBG di sekolah ditetapkan sekurang-kurangnya 5%

            2.2      Penutupan serta merta sistem e-Sarana disebabkan masalah teknikal.
Sekolah tidak perlu mengisi data kehadiran ibu bapa dalam sistem
tersebut untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Namun
demikian, sekolah diminta membuat pengumpulan data 3 aktiviti dalam
jadual di bawah secara manual menggunakan borang yang dilampirkan. Maklumat kehadiran  tersebut perlulah dihantar sebelum tarikh yang ditetapkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk perhatian Encik Mohd Ridzuan bin Mohd Saad.

BIL
AKTIVITI
KUTIPAN DATA
PENGUMPULAN DATA
1.
Pendaftaran Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan
Januari
13 Februari 2015
2.

Hari Penetapan Target
Februari-Mac
6 Mac 2015
3.

Mesyuarat Agung PIBG
Mac-April
6 April 2015

3.         Bersama-sama ini juga disertakan templat pengisian data bagi aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan.
Kerjasama serta perhatian tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan